Istighfar

Istighfar.  Asal dari perkataan gha, fa dan ra. 

Yang membawa maksud ampunan.

Besar sekali makna yang dibawa oleh tiga huruf ini jika kita betul betul hayati dan amati.

Istighfar.  Alif,  sin, ta,  gha,  fa dan ra. 

Memohon keampunan.  

Perkataan ini sudah terlalu biasa meniti di bibir. 

Tiada apa yang susahnya untuk melafazkan kalimah istighfar.  Betul bukan?  

Tapi sejauh manakah intipati istighfar betul betul menyerap ke dalam hati kita? 

Sejauh mana intipati istighfar terzohir dalam amal seharian kita? 

Dalam surah Hud,  ayat ketiga. Allah menggandingkan perkataan istighfar dengan satu perkataan yang lain. 

Taubat. 

وَأَنِ آسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ

Dan hendaklah kamu sekalian beristighfar memohon ampunan kepada tuhanmu serta bertaubat kepadaNya.

Dalam mengharap kepada pengampunan dari Allah swt,  tiada jalan lain melainkan bertaubat. 

Taubat bukan hanya terletak pada ibadah solat taubat. 

Tapi taubat dalam erti kata penyesalan dan kesedaran, melepaskan ikata ikatan kemaksiatan dan juga tekad. 

Taubat adalah penyempurna kepada amalan istighfar. Sehinggakan dituntut untuk dilakukan sbelah menyebelah. 

Istighfar dan taubat seharusnya menjadi kewajiban untuk setiap hamba. 

Kerana fitrah seorang hamba tidak mampu mengelak dari tidak melakukan kemaksiatan dan dosa sepanjang hayatnya. 

Istighfar dan taubat adalah cermin kedekatan seorang hamba dengan tuhannya. 

Istighfar bahkan adalah kesediaan Allah untuk membuka pintu ampunanNya sepanjang siang dan malam.  Alangkah ruginya bagi seorang hamba untuk tidak membuka pintu keampunan itu. 

Untuk orang orang yang bertakwa,  istighfar adalah bukti akan kesedaran tentang kelemahan diri. 

Untuk seluruh umat islam, istighfar seharusnya menjadi sumber kekuatan. Allah akan menambahkan kekuatan dia atas kekuatan. 

Sudah cukupkah istighfar kita? 

Cukup fahamkah kita tentang erti istighfar? 

Dimanakah letaknya istighfar dalam hati kita yang bernama hamba? 
17 Jamadil Akhir 1438, 20:38

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s