Potret Insan

Manusia tidak jemu memohon kebaikan.  Jika mereka ditimpa malapetaka,  dia menjadi putus asa lagi putus harapan.  Dan jika Kami merasakan kepadanya sesuatu rahmat dari Kami sesudah ditimpa kesusahan,  pasti dia berkata,  ‘Inilah hakku,  dan aku tidak yakin bahawa hari kiamat itu akan datang.  Dan jika aku dikembalikan kepada tuhanku,  maka sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan pada sisiNya’.  Maka,  kami akan benar benar memberitakan kepada orang kafir apa yang telah mereka kerjakan dan akan Kami rasakan kepada mereka azab yang keras.  Apabila kami memberi nikmat kepada manusia,  ia berpaling dan menjauhkan diri.  Tapi apabila ia ditimpa malapetaka,  maka ia bnyak berdoa. “

 -Fussilat :49-51 –

Potret seorang insan. 

Yang dilukis cermat oleh qalam Allah. 

Menggambarkan dinamika insan, kelemahannya,  perdebatannya,  kecintaannya kepada kebaikan,  keingkarannya kepada nikmat,  ketertipuannya oleh kesejahteraan dan keluh kesahnya kerana kemudharatan. 

Insan. 

Tak jemu jemu memohon kebaikan. 

Mendesak. 

Mengulang. 

Meminta.

Tetapi,  seorang insan juga. 

Andai ditimpa keburukan, 

Walau sekadar sentuhan, 

Hilanglah harapan dan cita citanya. 

Dia mengira bahawa di sana tidak ada jalan keluar. 

Hatinya menjadi sempit. 

Kebingungannya menggunung. 

Kerana dia kurang percaya kepada Tuhannya. 

Kerana ikatan dengan Tuhannya cukup tipis. 

Insan seperti ini, 

Andai diberi sedkit rahmat sesudah kesusahan, 

Dia lupa untuk bersyukur. 

Dia lupa siapa pemberi nikmat itu. 

Dia lupa akan hari akhirat dan pembalasan. 

Mata nafsunya terbelalak kegirangan. 

Merasa tinggi di hadapan tuhan. 

Dia berpaling dan menjauh. 

Potret manakah lagi yang mampu mendokumentasikan insan sebegini rupa? 

Hanya pelukis yang mengetahui segala selok belok insan mampu menggambarkannya dengan penuh sempurna. 

Inilah potret insan. 

Untuk kita renungi.

Bukan digantung dengan bangga di dinding2 kemewahan. 

#wecandobettermalaysian

#doabanyakbanyak

#bukanbayarvaletdoa

18 Jamadil Awal 1438H,  20:15

Advertisements

One thought on “Potret Insan

  1. “Mata nafsunya terbelalak kegirangan.”

    That’s it. That’s the ‘harshest’ way of acknowledging how ungrateful and ridiculous a man can be. It’s so scary to admit that human can be so so happy by putting Allah aside.

    Allah.. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita 😥

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s