Amanah

Leader. Pemimpin. Ketua. Perdana Menteri. 

Manusia biasa. Pelajar. Pekerja. Imam

Semuanya adalah nama kepada suatu amanah. 

Kepimpinan. 

Kepimpinan adalah suatu amanah. 

Bukan label kemegahan atau kemuliaan. 

Bukankah Allah akan menyoal setiap penjaga tentang jagaannya? 

Dan akan dihitung setiap amalan?

Walau hanya sebesar zarrah. 

Dari Ibnu ‘Umar Radhiyallahu’anhu,  katanya :

 Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : Semua kamu adalah penjaga dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap jagaanmu.  Imam penjaga dan bertanggungjawab terhadap jagaanya.  Seorang lelaki bertanggungjawab terhadap keluarga.  Seorang isteri pengawal di rumah suaminya dan bertanggungjawab atas kawalannya. Hamba adalah penjaga kepada harta tuannya dan bertanggungjawab atas jagaannya.  Setiap kamu penjaga dan bertanggungjawab atas jagaannya. “

Setiap orang di atas muka bumi ini menyandang satu amanah kepimpinan. 

Tidak kira sebesar mana luas jagaannya. 

Walau hanya sekadar satu keluarga. 

Walau hanya sekadar satu syiling emas. 

Bahkan keseluruhan negara maupun dunia. 

Itu adalah amanah. 

Dari Abi Ya’la Maqal bin Yasar ra, katanya :

Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : Tidak ada seorang pun dari hamba Allah yang akan diberikannya amanah mengawal rakyat kemudian ia meninggal dunia di mana hari kematian itu ia menipu rakyatnya kecuali Allah haramkan ke atasnya syurga”

Kepimpinan dalam jemaah islam,  natijah dan amanahnya besar. 

Natijah yang besar disebabkan luasnya bidang kerja beserta cabangnya.  Islam menyusun semua urusan bagi individu,  masyarakat dan negara. 

Tanggungjawab pemimpin besar disebabkan besarnya matlamat dan tujuan yang kita berusaha ke arahnya. Allah adalah matlamat.

Suasana telah menghendaki kita berada dalam generasi yang umatnya berebut rebut dan bertarung untuk kekal dengan begitu sengit dan kemenangan sentiasa diperolehi oleh sesiapa yang mempunyai kekuatan. 

Begitu juga suasana menghendaki kita supaya menghadapi kesilapan lampau dan menelan kepahitanyya.  Adalah menjadi kewajipan atas kita untuk memperbaikinya dan membalutkan keretakan serta menyelamatkan diri kita, anak anak kita,  mengembalikan kemuliaan,  keagungan,  menghidupkan tamadun dan ajaran agama kita. 

Begitu juga suasana menghendaki kita mengharungi gelombang zaman perpindahan yang bergelora,  yang mana ribut pemikiran,  aliran aliran kejiwaan,  keinginan keinginan peribadi telah mempermainkan individu,  umat umat,  kerajaan kerajaan,  pertubuhan pertubuhan dan dunia amnya. 

Bahkan menyebabkan fikiran menjadi tidak keruan,  jiwa menjadi tidak tenang-ibarat seorang kapten kapal berdiri di tengah tengahbgelora mencari dan meneliti jalan dalam keadaan gelap gelita.  Segala petunjuk telah kabur dan hilang. 

Di atas setiap kepala jalan terdapat seorang penyeru yang menyeru kepadanya dalam malam yang gelap pekat dan kegelapan yang bertimbun timbun, sehingga tidak didapati satu perkataan yang dapat digambarkan dengannya tentang kejiwaan umat dalam zaman yang seperti ini lebih baik dari perkataan “huru hara”.

Begitulah yang dikehendaki dari kita oleh suasana supaya kita menghadapi semua cabaran ini dan supaya kita berusaha untuk menyelamatkan umat dari bahaya yang mengelilingi mereka dari setiap penjuru. ”              – Imam As Syahid Hassan Al Banna –

Besarnya amanah yang dipikulkan ke atas bahu kita selaku individu dan pemimpin. 

Supaya kita menyediakan diri sesuai dengan bentuk dan bebanan. 

Kepada Allah kita memohon pertolongan. 

3 Jamadil Awwal 1438, 12:39

Rujukan : Buku Jalan Dakwah,  Mustafa Masyhur

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s