“Adik,  tudung kakak”

Ada suatu kisah di sebalik pagar besi itu yang cukup,  cukup membuat hati ini ‘tersenyum’. 

Petang tu,  lepas solat asar,  rasa nak pegi lepak dekat beranda (ye ke beranda x kisah la apa orang panggil),  di sebalik pagar besi tu. Alang alang nak lepak amik angin kampung, mak suruh amik karpet ruang tamu jemur dan buang habuk habuk dekat situ.

So bersenam la otot otot yang dah agak lama x bersenam ni memukul karpet yang agak berat tu untuk bersihkan habuk. Sedang asyik buat benda alah tu,  datanglah anak jiran selang 2 3 buah rumah datang lalu depan rumah nak pegi kedai runcit. 

Tersenyum sipu 2 anak comel tu bila ditegur.  “Nok gi mno tu?  (Nak ke mana tu?) “. Sorang dalam lingkungan umur 6 tahun,  yang sorang lagi dalam umur 4 tahun. 

Tiba tiba,  yang si kakak tu berhenti depan rumah sambil pegang kepala. Eh terkejut la jugak kita kenapa tetiba adik ni berhenti. 

Then dia bersuara,  “Oloh la adik,  tudung kak dik. (Alah adik,  tudung kakakkk) “

Si adiknya jawab, “Oloh x yoh la x polah nok g beli depe tu jah heh (takpee akak,  depan tu je kita nak g beli nya) “

Kakaknya jawab,  “ehhh x leh x leh,  mari kelik g ambik tudung kak.  Marih! (Eh mana boleh,  jom balik kita amik tudung kakak) “

Tanpa menunggu jawapan dari adik nya,  dia terus separa mengheret adik dia balik. 

Okeh,  cerita itu tamat di situ.  Kisah yang simple,  tapi sangat meninggalkan kesan yang cukup dalam di hati ini. 

Telus.  Fitrah.  Suci. Itu gambaran untuk hamba Allah yang cilik tu. Kalau ikutkan kedai tu dekattt sangat dah nak sampai.  Tapi dia jugak nak patah balik pakai tudung. Padahal tak ade siapa pun yang tegur di pertengahan jalan tu untuk dia pakai tudung. Sensitif nya hati dan sanubari si cilik.  

Tarbiyah ahlul bait. Didikan ibu dan bapa si cilik.  Cuba bayangkan,  bagaimana mak ayah si cilik bagi didikan untuk ada kesedaran yang begitu sensitif pada umur yang sebegitu muda. Bukan memaksa,  tetapi mendidik.  Hanya di sebabkan dia terpandang orang pakai tudung ,  dia menilai diri dia sendiri.  Ada orang,  didatangkan pelbagai peringatan sekalipun,  tak pernah rasa nak muhasabah diri sendiri.  Paling tidak, dia pulak menuding jari kepada orang lain.  

Itulah asal usul kita.  Telus.  Suci. 

Tapi makin lama kita dalam kehidupan,  kotoran kotoran dunia sedikit demi sedikit cuba mencari ruang untuk hinggap dan meneruskan perjalan bersama.  

Tanpa kita sedar,  kotoran tu dah menjadi sebahagian dari hidup kita.  Sebati. 

Hinggakan,  mengaburi perasaan hati yang dahulunya cukup peka,  cukup sensitif. 

Kita menuding jari ke sana ke mari,  menyalahkan apa apa yang berlaku dalam kehidupan kita,  dalam agama dan negara kita, kepada pihak lain.  Sedangkan,  akar nya berumbi dari diri sendiri. 

Tarbiyah. Didikan.  Boleh menjadi ‘filter’ kepada kotoran dunia yang sentiasa berterbangan di sekeliling kita.  

Jangan biarkan hati kita tanpa filter. 

Jangan tunggu sampai hati kita dah tiada ‘rasa’.

Jangan kelak,  fitrah kita hilang dan berkeladak. 

Muhasabah.  Muhasabh. 

Nilai diri sendiri.  Cari silap sendiri 

Baiki dan ubah.  Tarbiyah. 

Then,  we can change the world. 

#janganlupadaftarundi

#PRUiscoming

#selamatkanmalaysia

220916, 18:00

Bachok,  Kelantan. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s