The BFG

2 bulan.  Alhamdulillah.  

2 bulan dah kaki ni menapak di bumi Malaysia. 

2 bulan jugak lah menyambung perjuangan tarbiah di tempat sendiri. 

2 bulan jugak lah menganggur.  Ehehe :p

Rata rata kalau ditanya kepada para BFGs (back for good)  , nak ke tak balik malaysia, jawapannya tidak.  Mana taknya,  di luar negara waqi’nya sangat lah ideal. Komitmennya tidak banyak.  Pergerakannya bebas.  Medan amalnya lebih terfokus. 

Pernah bertanya kepada seorang ukhti,  tips untuk bfg.  Sebab terlalu banyak cerita yang tidak enak didengari. Kata beliau : 

Jangan pernah percaya cerita cerita yang enti dengar selagi mana enti belum balik dan berhadapan dengannya sendiri

Dan selama 2 bulan ni,  ada pengalaman pahit dan manisnya.  Alhamdulillah,  Allah masih mahu menapakkan persaan cinta akan tarbiyah dalam hati ini.   

Untuk diri sendiri,  yang tarbiyahnya bermula di waqi’ yang ideal,  nak tak nak, kena persiapkan diri kalau masih mahu berada dalam dakwah dan tarbiyah.  Nak tak nak kena persiapkan diri kalau nak all out sebagaimana di luar negara. 

1) Sahihul an niah

Terbaca status seorang ukhti dekat status facebook 

Apa jadi dengan hadis 1 yang kita belajar ketika awal awal kita join usrah

Hadis 1. Niat. 

Sangat tertampar dengan status ukhti tersebut.  Sangatlah betul.  Niat.  Di mana niat kita di awal2 dahulu. Kenapa kita join usrah? Kenapa kita nak tarbiyah.  Kenapa kita nak buat dakwah?

Niat yang sahih.  Itu yang diri sendiri mula untuk mencari dan pasakkan kembali. Kadang kadang niat yang sahih tu dah tercampak jauh dari hati sendiri.

Benda simple.  Tapi selalu take for granted. 

2) Al ihtifazu bil himmah

Jaga himmah.  Jaga semangat. 

Jujur saya katakan. Awal awal perubahan waqi’,  semangat saya hilang.

Kenapa boleh hilang?  Banyak faktor. Seribu satu alasan boleh dinyatakan. Akhawat yang selalu dengan kita tak ada,  tak ada orang cek kita datang usrah ke tak datang ke,  katibah kita join ke tidak,  usrah rushing sebab kebanyakannya bekerjaya,  naqibah tak sekepala dengan kita, ukhuwah tak rasa,   gerak kerja jauh berbeza,  medan amal lagi besar dan banyak lagilah kalau nak dilistkan. 

Kita boleh create alasan.  Kita boleh rebel. 

Tapi semangat kita lah yang akan mendorong kita untuk kita ‘keringkan’ hati dengan perkara perkara yang boleh menjauhkan kita dari dakwah dan tarbiyah. 

Satu benda yang penting.  Sesibuk mana pun kita,  sesusah mana pun keadaan kita,  usrah kena jaga. 

Cuba hadir usrah setiap minggu. Usrahmate memang jauh2, naqibah pun tak satu rumah, kita boleh create alasan untuk tak pergi usrah. Tapi jangan pernah ponteng usrah.   Di situlah kita mampu nak menjaga himmah kita dengan pertemuan bersama akhawat.  

 3) Al quranul karim

Al quran.

“Sad.  Demi Al Quran yang mengandungi peringatan” – Sad : 1 –

Jelas Allah nyatakan dalam surah Sad. Dalam al quran mengandungi peringatan. 

Di saat hati kita mula menjauh,  mula lesu,  mula layu dengan tarbiyah dengan dakwah. Periksa hubungan kita dengan al quran. 

Hidupkan kembali hati dengan al quran. 

4) Sariah ilal khair

Bersegera dalam amal kebaikan.  

Tak perlu tunggu naqibah bagi taklifan. Jangan disebabkan tiada arahan dari naqibah,  kita tak ada amal. 

Jangan memandang kecil amal amal yang kecil. Tidak semestinya kita kena organise sesuatu event,  itu baru namanya dakwah.  Tidak semestinya kena bawa usrah itu namanya tarbiyah. 

Sekecil kecil amal seperti ziarah akhawat, bergaul dengan masyarakat di masjid,  anak anak di sekolah. Jangan pernah memandang kecil amal amal sebegitu. 

Identify kita punya minat dan kepakaran di mana.  Cari naqibah.  Bincang dengan naqibah.  Qadhaya dengan naqibah.  

Jangan pernah duduk diam tanpa amal.  

5) Mutabaah Amal

Walau kita jauh dari naqibah,  walau naqibah tak pantau mutabaah amal kita,  walau naqibah tak setkan pun mutabaah amal untuk kita,  jangan culas. 

Setkan sendiri mutabaah amal kita selayaknya seorang daie harus beramal.  Pantau amal kita. Takut2 kita tak sedar,  amal kita entah ke mana. 

‘Ala kulli hal. 

Setiap orang pengalamannya berbeza.  Cerita tarbiyahnya berbeza. 

Macam pelangi.  Warnanya variasi,  tapi routenya masih sama.

Jangan jadikan BFG sebagai alasan untuk kita kecundang dalam beramal. 

Jangan jadikan perubahan waqi’ sebagai alasan untuk kita tidak tsabat. 

Hargai nikmat ukhuwah di sekeliling kita.

Hargai syuyukh di kawasan kita. 

Hargai akhawat yang ada di samping kita.

Kerana akhirnya, perjalanan baru bermula. 

Moga pengakhirannya di syurga. 

Welcome home,  BFGs 💜

28082016, 22:09

Marinated Lamb,  Bachok,  Klate. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s